71 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

71 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

TAWAU; 9 JANUARI 2020 (Khamis) – Seramai 71 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal mereka melalui pelabuhan Tawau ke Nunukan, petang tadi.

Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof dalam kenyataan berkata, pengusiran itu adalah pengusiran siri kedua pada tahun 2020 selepas pengusiran seramai 235 Warga Filipina ke negara asal pada selasa lepas di Sandakan.

Beliau berkata, sehingga kini, sejumlah 591-ribu 301 orang PATI telah diusir keluar dari Sabah sejak tahun 1990.

Tegasnya, MKN Sabah akan terus menyelaras tanggungjawab bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan pelbagai agensi yang lain untuk menghantar PATI pulang ke negara asal.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *