62 LOT PARKIR DI JALAN DUNLOP TAWAU DITUTUP UNTUK JALAN DUA LORONG BERMULA JANUARI 2020

62 LOT PARKIR DI JALAN DUNLOP TAWAU DITUTUP UNTUK JALAN DUA LORONG BERMULA JANUARI 2020

TAWAU; 29 OKTOBER 2019 (Selasa) – Sebanyak 62 lot parkir di sekitar Kilometer 0.1 hingga 0.8 Jalan Dunlop, Jalan Tawau-Sandakan akan ditutup bermula 1 Januari tahun depan agar jalan berkenaan dijadikan dua lorong selain menyelesaikan kemelut kesesakan jalan di kawasan berkenaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur Sabah, Datuk Abdul Muis Picho berkata, parkir berkenaan perlu ditutup berikutan jalan Dunlop merupakan jalan protokol dan hanya mempunyai satu lorong untuk dilalui pengguna jalan raya setakat ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik berkata, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) sebelum ini mahu agar jalan itu dijadikan dua lorong bermula November ini, bagaimanapun, atas keprihatinan, perubahan itu akan dibuat bermula pada awal Januari selepas diputuskan dalam mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau.

Justeru katanya, satu notis pemberitahuan akan dikeluarkan dalam masa terdekat yang memperuntukkan tempoh dua bulan untuk memaklumkan pemilik premis dan pengguna jalan raya mengenai perubahan terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM dalam lawatan kerjanya dan mesyuarat bersama pegawai JKR di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau.

Turut hadir, Jurutera bahagian JKR Tawau, Mohd Hardy [email protected]

Dalam pada itu, Datuk Abdul Muis berkata, pembinaan jambatan separa kekal atau kayu untuk dinaiktaraf kepada jambatan konkrit perlu diberi perhatian oleh JKR selaras dengan kehendak KPI Negeri dalam usaha meningkatkan infrastruktur jalan raya di negeri ini.

Katanya, terdapat 10 lagi jambatan separa kekal di Tawau yang perlu dinaiktaraf dan satu jambatan iaitu Jambatan di Ranggu sudah selesai dinaiktaraf kepada jambatan Konkrit.

Dalam lawatan kerjanya, Datuk Abdul Muis turut melakukan tinjauan di kawasan jalan Dunlop dan jambatan-jambatan kayu di Tawau. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *