15 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG PANJI LAHAD DATU

15 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG PANJI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 27 DISEMBER 2019 (Jumaat) – 15 buah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Panji, Lahad Datu, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PBK I Abu Bakar Taraji yang dihubungi pemberita RTM berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.06 minit petang.

Lebih 20 Orang anggota dari BBP Lahad Datu dan BBP Kunak kemudian respon ke lokasi kejadian menggunakan 5 jentera termasuk EMRS.

Beliau berkata, Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 4 aliran, 4 pancutan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

Difahamkan, api berjaya dikawal pada pukul 4.14 minit petang dan operasi memadam kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silam.

Katanya, kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut Abu Bakar, Pasukan bomba kini masih menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar selamat.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *