12 PATI  DALAM OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH MENERUSI SEKATAN JALAN RAYA

12 PATI  DALAM OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH MENERUSI SEKATAN JALAN RAYA

TAWAU; 15 DISEMBER 2019 (Ahad) – 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk seorang penagih dadah ditahan dalam Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah berkonsepkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Tawau, kelmarin.

Operasi bermula pukul 2 hingga 6 petang itu memberi tumpuan di Jalan Tanjung Batu dan Jalan Dunlop.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas yang dihubungi pemberita RTM berkata, dalam Operasi itu, seramai 105 orang dari kira-kira 60 kenderaan termasuk motosikal diperiksa.

Bagaimanapun, 11 orang termasuk 3 wanita ditahan dibawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959 (pindaan 2002) sementara seorang lagi dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, Operasi ini dilaksanakan secara berterusan agar memberikan impak kepada penurunan kes jenayah indeks, membanteras jenayah dadah serta kehadiran PATI.

Operasi itu disertai lebih 60 Pegawai dan anggota PDRM Tawau dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau. – BESTAWAUfm

#myTawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *