119 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

119 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

TAWAU; 12 DISEMBER 2019 (Khamis) – Seramai 119 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sh. Sitti Saleha Habib Yussof dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 107 orang merupakan lelaki manakala 12 orang adalah wanita.

Beliau berkata, proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini, selain melaksanakan pengusiran PATI dengan kerjasama Jabatan Imigresen.

Pada tahun ini sahaja, Sabah telah menghantar pulang 12-ribu 237-PATI.

Menurut Sh Sitti Saleha, jumlah itu juga sekaligus merekodkan seramai 590-ribu 351-PATI telah dihantar ke negara asal sejak 1990. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *